Thursday, 5 November 2020

My solemnization journey; Part 1.

 Part 1 - the pandemic struggle.

Assalamualaikum dan hello 

    When i'm writing this, it will be almost 8 months of our struggle facing with Covid-19 pandemic. Tapi masa ni kuarantin semua dah tak dilakukan dekat Kelantan, cuma sedang dilakukan di negeri-negeri terpilih sahaja. Pejam celik pejam celik dah 8 bulan ye berdepan dengan pandemik ni. I hope it will end very soon enough. InsyaAllah.

    Tapi, apa yang aku nak simpan dalam memori blog aku kali ni bukan tentang pandemik ni, tapi tentang hari bersejarah aku; hari pernikahan aku.

    Ya, apa yang aku boleh cakap, this beautiful event of my life makes this year even more memorable than ever.

The plan,

    Masa aku inform boss aku cakap yang aku akan kahwin bulan depan, boss aku punya reaction, "Nak tanya, zira nak kahwin sebab pkp ke sebab memang dan plan lama?". 

    Sebenarnya plan memang dah lama, give or take about one year before. Tapi tu la kan orang cakap, Allah SWT sebaik-baik perancang. Memang tarikh asal kahwin 20 Jun 2020. Tapi tak sangka Covid datang semua so ada la beberapa masalah masa tu untuk settlekan hal kahwin ni.

The struggle,

    Antara beberapa masalah yang kami hadapi sepanjang berdepan dengan isu pandemik ni adalah kesukaran nak rentas negeri. Tapi Alhamdulillah walaupun aku kerja dekat PJ masa tu, awal-awal lagi dah minta permission dengan boss untuk balik sebab masa tu mak aku ada masalah kesihatan. Dua hari selepas tu, Malaysia announce lockdown dan tak dibenarkan merentas negeri.

Barisan semasa ingin meminta keizinan merentas negeri.


    Bila dah tak boleh merentas negeri, dia masa tu as my kekasih lagi, tak dapat nak settlekan borang nikah dengan baik sebab dia kerja luar Kelantan. Tambahan lagi, dengan masalah rentas negeri dan larangan untuk adakan majlis perkahwinan ni menambahkan lagi kerisauan kami untuk meneruskan majlis.

    Satu lagi masalah bagi kami adalah perubahan kepada perancangan kami. Jika majlis kami hanya dijalankan untuk akad nikah sahaja, bermakna kad jemputan, kelengkapan majlis seperti khemah, meja beradap dan sbg kena dipertimbangkan balik la. Sebab apa guna pasang khemah, ada meja beradap semua kalau cuma 20-50 orang sahaja yang boleh menghadiri majlis nanti kan.

    Jadi kami batalkan dan ada yang kami cuma bincang balik dengan pihak bridal semua yang tak perlu untuk majlis akad nikah nanti. Sebab masa tu, kebanyakan benda kami dah secure depo. Terutama sekali pakej pelamin kami. Kami dah secure dengan bayaran penuh tau sebab masa tu ada promo and we got half the price. Tapi kami hold dulu tarikh untuk bersanding sebab nak tunggu pkp habis atau masa sesuai.

    Tapi dalam masa yang sama, kami tetap selesaikan urusan borang pernikahan. Jadi berulang alik lah aku ke majlis agama islam negeri Kelantan, MAIK.



The miracle,

    Kalau tak silap masa tu dah masuk bulan 6, minit akhir dah. Lepastu dapat info dah boleh merentas negeri. Alhamdulillah, rezeki kami. Jadi kami teruskan dengan majlis akad nikah sahaja. Dan tarikh kami tetapkan kepada 20 Jun 2020 juga. Tiada perubahan. Alhamdulillah ramai juga saudara mara yang boleh balik dan ada juga yang tak dapat balik.

    Urusan pernikahan kami juga dipermudahkan. Kemudian, tiba lah waktu untuk kami diijabkabulkan.. bersambung.


Till then, Ziera 

No comments:

Post a Comment