Saturday, 7 November 2020

My solemnization journey; Part 2.

 Part 2 - the preparation.

Assalamualaikum dan hello 

    Dalam post aku kalini aku nak sambung tentang persediaan majlis kami. Macam bakal-bakal pengantin lain, kami pastinya excited kan nak tunggu hari bersejarah kami tiba. Bermacam-macam persediaan dah kami buat. Only two of us. Dari perancangan simpanan duit kahwin sampai la ke bahagian booking-booking ni.

    Satu pengalaman bagi kami. Ada pasang surut. Tak selalunya lancar je perjalanan kami. Ada hari kami boleh berbincang dengan aman, dan ada hari kami bergaduh teruk sampai rasa nak batal je niat kahwin. Dugaan macam ni biasa ye. Kalau nak dilihat balik, semua tu cuma dugaan kecil. Bila dah lepas kahwin macam sekarang ni lagi banyak masalah yang kena sama-sama hadapi.

Budget,

    Untuk memudahkan urusan perbincangan dan urusan kewangan kami, aku dah siapkan satu Excel file untuk bahagian itu sahaja. Aku dah listkan contoh macam kat bawah ni:




    Langkah macam ni memang betul-betul keep us on track, walaupun last-last banyak benda kami kena 'cut-down' sebab kami buat majlis akad nikah je. Dengan file ni jugak kami boleh keep track simpanan kami berdua bulan-bulan. Kami jugak dapat bandingkan dengan bajet secara kesuluran kami supaya tak terlebih pakai duit.

Bridal,

    Macam yang aku ada bagitahu dekat post sebelum ni, kami sebenarnya awal-awal dah book atau lebih kepada buat bayaran penuh dekat salah satu bridal di Kelantan ni. Kami dapat harga separuh daripada harga asal pakej tu, which is a total bargain. Tapi disebabkan kami tak dapat nak teruskan dengan majlis bersanding. Kami tangguhkan tarikh untuk pakej tu dan kami ambil daripada bridal lain. 
    
    Oh lagi satu, rezeki kami dan pasangan musim PKP, kebanyakan bridal dan MUA ke semua ada letakkan harga promosi. Jadi untuk pelamin akad nikah kami, Alhamdulillah kami dapat dengan harga sangat berpatutan memandangkan bridal tersebut sangat terkenal di Kelantan. Dan hasilnya, kami sangat sangat berpuas hati. Tetiba rindu pulak pelamin hehe. Jadi kami memang recommend sangat-sangat kalau nak ambil bridal dengan akak ni sebab beliau sangat-sangat senang untuk dibawa berbincang dan harga pun berpatutan.

Instagram: SueSweetTouch



Photographer,

    Untuk jurugambar, aku dah listkan beberapa jurugambar terkenal di Kelantan ni. Bagi aku, jurugambar memainkan peranan penting. Walaupun nanti kalau contoh la pelamin kami tak seperti yang kami harapkan, tapi bila gambar cantik, pasti memusakan hati kan? Lagipula gambar kan boleh dibuat kenangan sampai bila-bila. Kalau gambar tak cantik, nak tengok pun tak lalu. Hehehe.

    Untuk jurugambar hari bersejarah kami, kami memilih MKK Studio. Sangat-sangat berpuas hati. Pakej pun berbaloi. Kalau ada yang berminat boleh klik link di bawah:

Instagram: MKK.Studio



Makeup Artist;

    Okay, untuk mak andam pulak saya buat last minit survey sebab kalau sepatutnya MUA dah ada dalam pakej bridal yang terpaksa kena tangguh tu. Dan juga masa tu rezeki kami, MUA jugak diorang kenakan harga promosi sebab waktu PKP. 

    Banyak jugak pilihan MUA-MUA yang memang lawa cara makeup dekat Kelantan. Benda ni jugak bergantung kepada cita rasa masing-masing. Sebab ada yang suka makeup jenis natural-natural dan ada juga yang suka makeup jenis bold. Pada waktu tu, disebabkan cuma buat majlis akad nikah, so memang nak yang jenis natural sahaja. Tapi masih ada glow dia. Finally, aku decided untuk ambil MUA bernama Suehaila ni atau Kak Sue.

    Memang sangat berpuas hati dengan makeupnya, memang tak menyesal. Aku memang recomended kak Sue ni. Boleh tengok dan survey di instagramnya: Suehaila_sue.


    Mungkin tu je yang aku boleh share serba sedikit tentang persediaan majlis kami. Mana la tahu boleh bantu korang untuk majlis korang nanti. Untuk post seterusnya aku akan share pasal pada hari pernikahan kami.. bersambung.

Till then, Ziera 

No comments:

Post a Comment